Profil Kami
![]() |
|
Syarikat ini diperbadankan di Singapura pada 28 Mei 1999. Ia adalah anak syarikat milik penuh HAWS Corporation, Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan untuk para pelanggan rantau Asia-Pasifik
Aktiviti KamiHAWS Singapore mereka dan mengeluarkan peralatan kecemasan seperti pencuci mata/muka, mandi simbah, unit mendekontaminasi, peralatan mudah alih dan aksesori yang direka untuk digunakan di mana sahaja wujudnya bahan berbahaya. Barisan produk yang luas, termasuk komponen “keselamatan hijau”, direka untuk memenuhi atau melampaui piawaian ANSI Z358.1 dan aturan dan peraturan OSHA yang ketat. Lebih seratus tahun, industri telah mempercayai nama HAWS sebagai jaminan mutu tertinggi mereka untuk peralatan pencuci mata/muka dan mandi simbah. Semua model kami memenuhi piawaian ANSI dan aturan dan peraturan OSHA. Unit HAWS dipasang siap untuk mempercepatkan pemasangan dan menyenangkan para pelanggan. Unit-unit ini juga telah di uji terlebih dahulu di kilang bagi memastikan aliran yang betul. Tambahan lagi, kami juga membekalkan pancuran air minum dan penyejuk air HAWS yang berkualiti tinggi untuk lapangan terbang, sekolah, taman rekreasi dan banyak lagi mercu tanda berprestij. |

