Kelebihan HAWS

Ada banyak sebab yang baik untuk memilih Produk HAWS bagi keperluan anda:

Perakuan Mutu
Haws memiliki perakuan berikut dengan bangganya:
  • ISO 9001--Organisasi Piawaian Antarabangsa
  • Pensijilan CSA
  • Pensijilan NSF
  • OSHAS 18001
  • Alir lembut yang dipatenkan

Semua Komponen Keselamatan Hijau
Model-model Haws menggunakan komponen “Keselamatan Hijau”, warna yang disarankan untuk pengenalpastian dan lokasi peralatan pertolongan cemas dan keselamatan di dalam Kod Warna Keselamatan ANSI Z535.1-1991 Untuk Menanda Bahaya Fizikal.
Termasuk Tanda Universal
Semua tanda universal bergambar yang cerah disertakan bersama setiap model Haws untuk dilekatkan pada unit atau pada dinding, serta untuk dilekatkan pada semua bendera tolak cucian mata.
Diuji Terlebih Dahulu Di Kilang
Unit-unit Haws telah diuji terlebih dahulu untuk bocor dan aliran yang betul di kilang. Teg ujian disertakan bersama setiap model. Namun, semua unit harus diuji juga secara tetap selepas pemasangan.
Pasang siap
Haws memasang siap kebanyakan modelnya untuk mempercepatkan pemasangan dan menyenangkan pelanggan.
Manual Pemasangan & Penyenggaraan
Manual pemasangan yang senang untuk difahami disertakan di dalam setiap kotak untuk kemudahan para pelanggan.
Pembungkusan Bermutu
Peralatan Kecemasan Haws dibungkus di dalam kotak yang tahan lama dan tahan impak, dengan petak yang berasingan untuk perlindungan yang lebih.
Stok Wilayah
Haws mempunyai Gudang Wilayah di seluruh dunia untuk memberikan anda penghantaran yang tepat pada masanya.